D’yom Herbs menawarkan produk berasaskan herba yang telah terbukti dapat memerangi penyakit kronik seperti diabetes dengan melalui proses ekstrak tumbuhan yang dipilih khusus.

Tanpa nutrisi yang betul, tubuh anda tidak dapat bertahan.

Dyom Herbs

Ekstrak daun Mambu atau Neem mengandungi Quercetin salah satu bahan aktif yang terdapat dalam Flavonoids. Flavonoids bersifat antioksida yang boleh mencegah keradangan.Salah satu punca keradangan adalah sakit otot seperti lutut .Quercetin juga bagus untuk memperbaiki pengaliran darah dengan meningkatkan pengeluaran nitrik oksida dan mengurangkan kepekatan endothelin. (pesakit strok) Nitrik oksida: gas yang boleh mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah.

Dyom Herbs

Ekstrak Daun Ceri ni terdapat ‘SAPONIN’ yang mampu MENURUNKAN Kadar Gula (DIABETES) di dalam badan secara SEMULAJADI! Di dalam Daun Ceri juga terdapat ‘FLAVANOID’ dan ‘TANIN’ yang mampu membunuh bakteria yang mengganggu fungsi tubuh dan dapat mempercepatkan masa sembuh utk tempat yg luka atau ada pendarahan.

Dyom Herbs

Ekstrak Citrus atau Daun Limau Purut mempunyai antioksida seperti flavonoids dan polyphenols . Flavonoids boleh melawan bakteria kulit seperti staphylococcus epidemic yang menyebabkan jerawat. Citrus jugak terdapat quercetin. Quercetin dijadikan sebagai salah satu bahan rawatan alternatif terapeutik untuk resdung. Kandungan Quercetin dalam citrus sekaligus dapat merawat resdung

Dyom Herbs

Ekstrak Daun Beluntas atau Dyom Herbs Lamutasa terdapat Quercetin dan kaempferol yang boleh merencatkan pertumbuhan kanser ovari dan bertindak sebagai ejen pencegahan kimo. Anthocyanin B-Carotene & caretenoid boleh mencegah kanser, merangsangkan peningkatan sistem imun dan membantu mengekalkan tahap kesihatan organ penting seperti jantung pengaliran darah dan peparu. Lamutasa juga antara agen Antibakteria yang baik.

Sebarang Pertanyaan ? Klik Link Di Bawah

BERMULA  secara kecil-kecilan, produk kesihatan D’Yom Herbs kini semakin menerima permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan, malah bakal meluaskan lagi pasaran di luar negara, terutama di China dan Eropah.

Pengarahnya, Zaim Zainuddin, 29, berkata, D’Yom Herbs mendapat sokongan penuh dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi dana Pengkormesialan Hasil Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC).

“D’Yom Herbs berada di pasaran sejak tiga tahun lalu dan mendapat permintaan tinggi di Pantai Timur, terutamanya Terengganu. Dari 4,000 botol jualan, D’Yom kini terjual sehingga 40,000 unit dalam tempoh sebulan.

“Alhamdulillah, dengan soko-ngan penuh dari Mosti dan MTCD, D’Yom mampu pergi lebih jauh,” katanya.

Zaim berkata, menerusi geran yang diberikan, syarikat turut menaiktarafkan kilang sedia ada di Batu Pahat, Perlis, bagi melancarkan operasi dan pengeluaran produk. Katanya, kilang tersebut turut mendapat pengiktirafan GMP (Amalan Pengilangan Baik) dan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) menerusi kerjasama TPM Biotech bagi membawa produk ke tahap yang lebih tinggi.

“Selain penambahbaikan mutu dan kualiti produk, kami juga telah membeli mesin pemprosesan yang lebih canggih. Dengan inovasi baru, kilang kini mampu mengeluarkan 1,000 produk hanya dalam tempoh satu jam, berbanding sebelumnya yang mengambil masa selama sehari untuk jumlah pengeluaran sama,” katanya yang bermula dengan modal RM800,000.

100 peratus  bahan semula jadi

Menurut Zaim, D’Yom mempunyai empat rangkaian produk yang terdiri daripada, Neem yang di ekstrak dari daun mambu dah teh hijau, citrus; daun limau purut dan teh hijau,  lamutasa; daun beluntas dan teh hijau, Kersen; daun ceri dan teh hijau yang mempunyai pelbagai khasiat dalam membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan.

Tumbuhan-tumbuhan yang digunakan itu sangat sinonim dengan tradisi masyarakat dalam menjaga kesihatan secara semula jadi dan khasiatnya telah terbukti menerusi pelbagai kajian saintifik yang dilakukan.

Katanya, D’Yom juga berbeza dari produk sedia ada di pasaran kerana ia dihasilkan dengan menggunakan ekstrak tumbuhan terpilih sahaja, tanpa tambahan atau campuran pemakanan lain. Malah setiap botol D’Yom  menggunakan 100 peratus pati tumbuhan semula jadi.  

“Ramuan produk ini dihasilkan sendiri oleh bapa saya yang juga pengasas D’Yom, Zainuddin Yom, 55, sejak tahun 1970. Ketika itu, beliau menyediakan sendiri ekstrak tumbuhan dari daun mambu sebagai kegunaan kami sekeluarga dan juga penduduk kampung dalam penjagaan kesihatan.

“Sehinggalah, pada tahun 2013, beliau didatangi seorang sahabat dari Universiti Malaysia Perlis (UMP) yang berminat untuk menjalankan kajian terhadap tumbuhan yang digunakan. Malah hasil kajian membuktikan tumbuhan tersebut sangat membantu dalam penjagaan kesihatan, termasuk penyakit kronik di negara ini.

“Sejak itulah, timbulnya idea untuk kami sekeluarga mengkomersialkan produk ini secara lebih serius,” katanya.

Sementara itu, Pengarah pemasaran D’Yom Herbs, Afif Abd Halim berkata, sebagai permulaan, syarikat mengedarkan 30,000 botol produk D’Yom secara percuma setiap tahun bagi mendapatkan testimoni terhadap kesemua rangkaian produknya. Katanya, dari situlah, syarikat berjaya mengumpulkan pelbagai testimoni yang rata-ratanya berpuas hati dan memuji keberkesanan produk D’Yom.  

“Kekuatan D’Yom adalah pada testimoni yang kami terima. Malah keberkesanannya menjadi bualan dari mulut ke mulut. Kebanyakan pelanggan yang menggunakan produk ini, pastinya akan mengulangi pembelian dan mahu menjadi ejen.

“Malah kami juga membuka peluang kepada penduduk kampung untuk menjana pendapatan bersama kami dengan membekalkan pokok-pokok dan tanaman untuk dijadikan ekstrak,” katanya.

Diedarkan Menerusi Koperasi

Mempunyai hampir 2,000 wakil jualan, Afif berkata, D’Yom mendapat kerjasama dari Koperasi AIM Berhad sebagai pengedar utama untuk kesemua rangkaian produk.

Katanya, kerjasama itu memberikan laluan yang mudah untuk memasarkan D’Yom ke seluruh negara selain ke pasaran antarabangsa.

“Menerusi platform sedia ada, produk D’Yom kini sudah berada di China. Kami yakin sedikit masa lagi, D’Yom akan berkembang ke seluruh dunia,” katanya.

Selain di koperasi, produk D Yom boleh didapati menerusi laman web www.dyomherbs.com dan Facebook D’yom Herbs.

D’Yom didatangkan dalam dua saiz, iaitu 500ml dengan harga RM156 di Semenanjung dan RM186 di Sabah/Sarawak. Isian 250ml, produk ini dijual dengan harga RM90.

Official Partner, Factory Certification & Media Recognition

Our Gallery

Gambar-gambar sekitar kawasan Kilang Dyom Herbs

Close Menu